"ASSALAMUALAIKUM WBT...BLOG INI ASALNYA DARI BLOG KOLEKSI RESEPI, YG BERMULA DARI BUMI SAKURA DAN SEKEMBALINYA KE BUMI KELAHIRAN... SEGALA RESEPI HASIL DARI OLAHAN DIRI SENDIRI DAN SUAMI TERCINTA, JUA RESEPI ASAL BONDA YG DISAYANGI DAN TEMAN-TEMAN BLOG YG DIKASIHI...BLOG NIH KHAS BUAT RUJUKAN DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK, SAUDARA-MARA DAN TEMAN-TEMAN TAULAN...TERIMA KASIH"

Followers

March 18, 2011

Tiramisu Cake


Tiramisu ni my laling yg request...
Dah biskut tiramisu tu tarak so kite try guna resepi akak meen...
next time leh try gune biskut plak...


TIRAMISU CAKE
Sumber : Akak Jasmeen resepi asal kena tanye kak meen...ngeh3

Bahannya
  • Mula² sekali sediakan kek span vanilla size 9". Potong dua kek span tersebut.
  • 2 biji kuning telur
  • 50 gm gula
  • 250 gm cheese cream philadelphia
  • 1 1/4 sudu besar serbuk gelatin halal } campurkan, dan masak atas api
  • 40 ml air } kecil hingga gelatin hancur
  • 200 gm whipped cream

Bahan sirap kopi - campur dan sejukkan:
  • 150 ml air
  • 80 gm gula
  • 4 sudu besar serbuk kopi segera atau 1 1/2 sudu besar nescafe

Caranya
  1. Putar kuning telur dgn gula sehingga lembut. Campurkan cheese cream dan adun sebati. Masukkan gelatin tadi ke dalam adunan dan adun hingga rata. Campurkan whipped cream dan pukul sebati.
  2. Masukkan sebahagian kek span ke dasar loyang dan renjiskan separuh sirap kopi ke atas kek dan tuangkan setengah adunan cheese keatas kek. Tutup adunan cheese tadi dengan sebahagian lagi kek span, renjiskan sirap kopi ke atas kek dan habiskan sirap kopi tersebut. Tuangkan baki adunan cheese ke atas kek dan ratakan. Simpan dlm peti sejuk hingga keras.
  3. Apabila kek sudah keras bolehlah disapukan apricot glaze ke permukaan tiramisu. Atau pun kalau suka boleh di tabur serbuk koko/milo di atas permukaan kek.

Nih potongannye...
Den pepandai wat 3 lapis...dah keknye tebal noi...
Pastu lak kek tu den guna kek span marble coklat...
Jemput makan ya...
My laling suke noi...

No comments:

There was an error in this gadget