October 28, 2008

CHOCOLATE OATS CRIPS




...Biskut nih dah lama nak wat coz stok oat banyak...
...Dek angin M duk selalu menyinggah, so tak jadik le biskut raya...
...Jadik biskut penghujung syawal...

Sumber : FP Maklang asal Koleksi Resipi Oats

Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis }
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla

Cara
1.Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
2.Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
3.Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung (kite sudukan dalam paper cup je). Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.

Nota
Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15’.
Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi.
Maklang tak terap biskut ni sbb angin malas dah datang so maklang buat jer cam bentuk choc. chip...cepat sudahnya...


No comments:

Followers