October 22, 2008

NASI BERIANI ala PAKISTAN



Sumber : Diubah suai dari FP Hanieliza

Bahan Tumis1 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
1 biji buah pelaga
1 inci kulit kayu manis

Bahan Lain1/2 kg ayam [bersih & potong kecik2]
1 s/b minyak masak
2 s/b minyak sapi
2 sudu rempah beriani faiza [bancuh jadik pes]
1 ulas bwg putih ]*
2 cm halia ]*dihiris nipis
3 ulas bwg merah/ 1/3 bwg besar ]*
50 gm daun ketumbar [boleh ganti ngan ketumbar & jintan putih]
50 gm daun bawang
1 biji tomato [potong dadu]
1 s/k serbuk kunyit
1/2 kg nasi [beras basmati]
1 s/b garam
1/2 cawan yogurt
pewarna kuning telur,hijau,merah sewaktunya

Caranya
1.Panaskan minyak,masuk bahan tumis. Tumis sehingga naik bau.
2.Masukkan bahan hiris, goreng hingga layu, terus masuk rempah yg dibancuh diikuti ayam dan tomato. Biar sehingga pecah minyak dan ayam masak.
3.Masuk serbuk kunyit goreng lagi.Masuk daun ketumbar,yogurt dan garam.masak hingga agak2 kering sedikit.
4.Masuk nasi dan goreng hingga rata.Masuk daun bawang dan goreng lagi.
5.Padam api, titik pewarna yg disukai. Balik nasi pelan2. Siap.

Tips: dari Akak Linda - boleh gune safron 5 urat utk 1 kg sebagai pewarna [next time leh cuba]

No comments:

Followers