September 25, 2011

Peristiwa di Pagi Syawal 2011


 Anak sedara baru- 1 syawal
Syed Ahmad Fitri Haikal

Besday anakda...
Nak tak nak kena wat gak coz jatuh pd 3 syawal...
sesambil deko sesambil duk layan tamu...
sekali potong kejap je...
anakdanye pasal tak pe ler...
moga anak ummi nih jadi anak yg soleh...
dan sentiasa dilindungi Allah SWT...
amin...

Order di bulan Ramadhan

TQVM Kak Jie
TQVM Juli &Hani
TQVM Kak Yah (kakipar)
TQVM Kak Yah (kakipar)

Kek Puding Caramel

Assalammualaikum wbt...

Ape kabar teman2...pohon ampun pohon maaf...
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Lama noi tak bersiaran...
N3 nih kisah projek masa pose baru nih...
Akhirnye atas bantuan kenkawan dapat gak den wat kek nih...
resepi tu hasil ku gabung dari 2 sumber...
n resepi tu kite cilop dari blog kak hana...
TQVM akak...

***utk puding kite gune resepi nih
RESEPI KEK PUDING KARAMEL (loyang 18cm)
Source: Kak.Yani myresipi.com
Bahan-bahan
  • Karamel
  • 60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 2 biji telur
  • 400ml susu cair@segar
  • 35g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan
  • 20ml air - yang nih hana tambah
Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
  10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang. 

***utk kek kite gune resepi nih
RESEPI KEK KARAMEL
Source : Pn. Munira
Bahan-bahan
(A)Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
  • >>tabur gula dlm loyang n msk atas api perlahan..biar gula hancur n warna tukar jd perang).Ketepikan dulu
(B) Bahagian Atas
  • 1/2 tin susu cair FN (200ml)
  • 70gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
(C) Lapisan Kek
  • 140gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45ml minyak msk@butter cair
  • 2sb susu pekat manis - resepi asal xde.yg nih anna tambah
(D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
Cara-cara
  1. Kacau semua bhn (B) perlahan2.jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnya.
  2. Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.
  3. Pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.(masa ni bolehla tambah susu pekat manis tu)
  4. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh.
  5. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati.
  6. Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
  7. Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
  8. Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.

Followers