Showing posts with label Ala2 Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Ala2 Indonesia. Show all posts

October 21, 2008

GADO-GADO


Kuah Kacang

Kita hidang bersama nasi impit

Sumber : Bro Rozzan

Bahan Untuk Membuat Kuahnya
450 gm kcg tanah ]digoreng dgn sedikit minyak dan kisar separuh kasar
secukup air asam (kira-kira 6-8 mata,digaulkan dgn 1/2 cwn air)
70 gm gula melaka
8 sudu mkn (bumbung) gula pasir
3 1/2 - 4 cwn air
1-2 s/k garam (atau secukup rasa)

Bahan Kisar
25 tangkai cili kering (boleh tambah jika ingin lebih pedas)
15 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
1 ibu jari lengkuas
2 btg serai
2 cm cekur/kencur (saya tak taruk,sebaliknya saya bubuh 4-5 helai daun limau purut)
Secukupnya minyak utk menumis

Bahan-Bahan Lain
1 btg lontong ]dipotong dadu
3 biji kentang ]direbus & potong dadu
4 peket tempeh ]goreng dan potong kecil2
4 kpg tauhu saiz kecil ]goreng dan potong ikut suka
250 gm kacang panjang ]dipotong anggaran 1 inci dan direbus separuh masak
250 gm kobis ]dihiris halus dan dicelur sebentar
1 biji timun ]dihiris 
5-6 biji telur rebus ]dibelah 4
keropok ikan, udang dan belinjau goreng

Cara Menyediakan Kuah
1.Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar & daun limau purut hingga garing dan wangi.
2.Bila terbit minyak, masukkan kaang, air, gula melaka, gula pasir dan garam. Biarkan hingga mendidih. Akhir sekali masukkan air asam dan kacau rata. Sesuaikan rasa. Biar mendidih sekali lagi sebelum dipadamkan api. Kuah gado-gado ini lebih sedap rasanya jika rasanya manis sedikit.

Cara menghidang Gado-Gado
Di dalam pinggan, susun sayur-sayuran, lontong, tempeh,tauhu dan sebagainya. Tuangkan kuahnya. Akhir sekali, bubuh keropok udang, ikan atau belinjau.

October 18, 2008

SET NASI KUNING



Versi Indonesia

Sumber : Mbak Ana INDONESIA

Bahan Nasi
1 kg beras jepun
4-5 ulas bwg putih (digoreng tanpa minyak sekejap/dipanggang dlm MV 20 saat)
1/2 s/b serbuk kunyit
100 ml / 5 s/b santan pekat
2 hiris lengkuas
1 btg serai]dipotong 2
1 helai daun salam
air secukupnya
garam

Caranya
1.Tumbuk bwg putih hingga lumat dan gaul bersama kunyit serta garam
2.Campur santan,lengkuas,serai dan daun salam. Ketepikan.
3.Basuh beras dan toskan. Masuk beras dalam periuk nasi dan air secukpnya serta diikuti no 2. Masak seperti nasi biasa.

Bahan Ayam Goreng
1 kg ayam [dibersih dah dipotong]
4-5 ulas bwg putih [dipanggang sekejap]
3 cm kunyit
1 s/k garam
1 gelas air
1 cm lengkuas
1 helai daun salam

Caranya
1.Tumbuk halus bwg,kunyit dan garam
2.Masukkan ayam dalam periuk diikuti bahan tumbuk dan segelas air.
3.Masak sehingga air kering. Kacau sesekali dan tutup periuk.
4.Setelah airnya kering,ayam diangkat dan digoreng sehingga kekuningan.
5.Siap utk dihidang.

pss...jika hendak ayam yg empuk elok,boleh guna pressure cooker selama 20 minit.

Bahan Sambal Bilis
50 gm bilis
2 biji tomato ukuran sederhana
5 biji cili merah/cili padi
1/2 biji bwg besar
1/2 s/k garam
2 cm gula merah
minyak

Caranya
1.Gaul garam pada bilis,kalau dah masin tak perlu dan goreng sehingga garing.Toskan.
2.Kisar tomato,cili dan bwg hingga lumat.
3.Tumis bahan kisar sehingga kering menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi.
4.Masuk garam dan gula secukupnya
5.Akhir sekali masuk bilis yg digoreng tadi.Siap.

KUAH KACANG



Versi Indonesia

Sumber : Mbak Ana

Bahan Kisar
1/2 kg kacang tanah (digoreng hingga masak)
2 cm kencur (adik beradik lengkuas,org Indonesia buat jamu)
8 ulas bwg putih
lada kering secukupnya (digoreng garing)
1/2 kerek gula merah (diameter lbh krg 8 cm dan tebal 1 cm)
2 liter air

Bahan Lain
10 helai daun limau purut (dicincang halus)
garam secukupnya
lemon
10 s/b kicap manis ABC

Caranya
1.Panaskan periuk,masuk kesemua bahan kisar dan daun limau purut.
2.Tambah air sekiranya terlalu pekat.
3.Masak sehingga agak2 pekat dan rasa garamnya.
4.Masuk kicap,masak seketika. Jika suka boleh ditambah 1/4 cwn santan pekat.
5.Siap dan perah dengan lemon.
6.Hidang bersama nasi impit dan satey.

AYAM RICA RICA



Sumber : Mbak Ana & Lia INDONESIA

Bahannya
1 kg ayam ]dibersih dan dipotong ikut saiz yg diingini
5 ulas bwg putih]
1 biji bwg besar]
2 biji tomato]dikisar halus
2 cm halia]
3 batang serai]
2 biji cili padi(ikut kepedasan)]
10 helai daun limau purut]
garam secukupnya
pati ikan (tak mskkan pun takpe)
minyak utk menumis
lemon

Caranya
1.Ayam digoreng/direbus/dipanggang sehingga masak,ketepikan.
2.Tumis semua bahan yg dikisar sehingga pecah minyak dan agak kering,rasa garamnya.
3.Bila bahan dah agak kering,masukkan ayam tadi.Tudung kuali dan biar seketika.
4.Bila dah kering,padam api dan perah limau nipis atau lemon.
5.Siap utk dihidang.
6.Sekiranya rajin,panggang sekali lg kmdn baru perah lemon.

BAKSO AYAM



Sumber : Lia & mbak Ana INDONESIA

Bahannya
500 gm ayam tanpa tulang,kulit dan lemak]
1 s/k lada putih (ikut kepedasan)]dikisar lumat
1 s/k pati ikan kattsuo/pati ayam]
2 ulas bawang putih]
sedikit garam]
2 s/b tepung katakuriko (tepung ubi)/tepung sagu
20 biji telur puyuh/telur ayam boleh juga tp kurangkan kuantitinya
2 biji lobak merah/sayur campur
4 biji bawang besar (bawang yg warna kuning) dipotong 6
lada putih
pati ikan/pati ayam
garam secukupnya
air 
daun saleri ] dipotong halus

Carannya
1.Panaskan air sehingga mendidih.
2.Kisar bahan kisar hingga sebati,setelah itu masukkan tepung dan gaul sebati.
3.Buat bebola dan masukkan telur ke dalamnya.
4.Masukkan bebola yg dibentuk tadi ke dalam air mendidih.Ulang sehingga habis.
5.Bila bebola timbul toskan dan simpan air rebusannya.
6.Masukkan bwg yg dipotong ke dalam periuk bertutup lain dan perlahankan api.
7.Masak sehingga bawang layu dan keluar air,sentiasa balik-balik supaya tidak hangus.
8.Setelah masak,masukkan bawang tadi ke dalam air rebusan.Hidupkan api.
9.Masukkan sayur campur dan biar mendidih.
10.Masukkan garam,pati ikan dan lada putih secukupnya.Jika suka boleh tambah kiub ayam.
11.Masukkan kembali bebola yg ditoskan tadi dan biar seketika.
12.Bila mendidih padam api,dan tabur daun saleri dan tutup periuk
13.Sedia utk dihidang.

Followers