"ASSALAMUALAIKUM WBT...BLOG INI ASALNYA DARI BLOG KOLEKSI RESEPI, YG BERMULA DARI BUMI SAKURA DAN SEKEMBALINYA KE BUMI KELAHIRAN... SEGALA RESEPI HASIL DARI OLAHAN DIRI SENDIRI DAN SUAMI TERCINTA, JUA RESEPI ASAL BONDA YG DISAYANGI DAN TEMAN-TEMAN BLOG YG DIKASIHI...BLOG NIH KHAS BUAT RUJUKAN DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK, SAUDARA-MARA DAN TEMAN-TEMAN TAULAN...TERIMA KASIH"

Followers

October 18, 2008

SET NASI KUNING



Versi Indonesia

Sumber : Mbak Ana INDONESIA

Bahan Nasi
1 kg beras jepun
4-5 ulas bwg putih (digoreng tanpa minyak sekejap/dipanggang dlm MV 20 saat)
1/2 s/b serbuk kunyit
100 ml / 5 s/b santan pekat
2 hiris lengkuas
1 btg serai]dipotong 2
1 helai daun salam
air secukupnya
garam

Caranya
1.Tumbuk bwg putih hingga lumat dan gaul bersama kunyit serta garam
2.Campur santan,lengkuas,serai dan daun salam. Ketepikan.
3.Basuh beras dan toskan. Masuk beras dalam periuk nasi dan air secukpnya serta diikuti no 2. Masak seperti nasi biasa.

Bahan Ayam Goreng
1 kg ayam [dibersih dah dipotong]
4-5 ulas bwg putih [dipanggang sekejap]
3 cm kunyit
1 s/k garam
1 gelas air
1 cm lengkuas
1 helai daun salam

Caranya
1.Tumbuk halus bwg,kunyit dan garam
2.Masukkan ayam dalam periuk diikuti bahan tumbuk dan segelas air.
3.Masak sehingga air kering. Kacau sesekali dan tutup periuk.
4.Setelah airnya kering,ayam diangkat dan digoreng sehingga kekuningan.
5.Siap utk dihidang.

pss...jika hendak ayam yg empuk elok,boleh guna pressure cooker selama 20 minit.

Bahan Sambal Bilis
50 gm bilis
2 biji tomato ukuran sederhana
5 biji cili merah/cili padi
1/2 biji bwg besar
1/2 s/k garam
2 cm gula merah
minyak

Caranya
1.Gaul garam pada bilis,kalau dah masin tak perlu dan goreng sehingga garing.Toskan.
2.Kisar tomato,cili dan bwg hingga lumat.
3.Tumis bahan kisar sehingga kering menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi.
4.Masuk garam dan gula secukupnya
5.Akhir sekali masuk bilis yg digoreng tadi.Siap.

No comments:

There was an error in this gadget