Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

December 3, 2008

KETAM MASAM MANIS



Bahannya
  • 3 ekor ketam ]dibersih dan digoreng
  • 1 inci halia ]*dicincang halus
  • 3 ulas bwg putih ]*
  • 3 s/b bwg kisar
  • 1 s/b lada kisar
  • 4 s/b sos tomato
  • 2 s/b sos cili
  • gula merah/nisan
  • garam
  • minyak
  • air

Caranya
  1. Panas minyak dan goreng ketam hingga masak.Tos dan ketepikan.
  2. Guna minyak yg sama,keluarkan sedikit sekiranya banyak,tumis bwg putih dan halia hingga naik bau. Masukkan lada kisar,goreng hingga garing.
  3. Masukkan bawang kisar dan goreng lagi.Masukkan sedikit air,nisan dan garam.Biar mendidih dan rasa masam manisnya.
  4. Masuk ketam dan goreng rata. Siap.

November 25, 2008

KETAM MASALA



Rasa ketam nih mengingatkan kite masakkan yg hari2 kite santap mase duk keje kat Penang dulu!!!...Bezanya masakkan tu gune udang,yg nih guna ketam...Ape2 pon mekasih ya akak MaDiHa,kongsi resepi yg tak yah ler kite pi cari kat Penang bila teringat... :D



Sumber : Akak MaDiHa

Bahan2
1 kg ketam
2 peket serbuk kari ikan
5~6 s/b sos cili (boleh tambah lg kalau suka)
2 s/b serbuk cili
1 biji tomato masak saiz sedang ~ didadu halus
5 ulas bwg merah ~ dimayang
2 ulas bwg putih ~ dimayang
1 s/k garam masala
3 tangkai daun kari
1 s/k jintan manis ~ tumbuk halus
1 inci kayu manis ~ tumbuk halus
5 kuntum cengkih ~ tumbuk halus
minyak masak
Sedikit air.
garam & gula secukup rasa
bahan hiasan - daun sup/daun bawang/tomato (optional)

Cara memasak

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan2 hiris, daun kari & tomato dadu hingga kekuningan. 
  2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan garam masala. Masak hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos cili & rempah yg ditumbuk halus tadi. 
  4. Masukkan ketam, sedikit air, bahan2 lain & perasa secukup rasa. 
  5. Hias dengan daun sup & daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.

Followers