Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

March 18, 2011

Muffin Coklat


Muffin nih plak wat atas permintaan anakda...
dah acuan muffin takrak...
den tibai je acuan cupcake...
Rasa muffin nih mmg best...tq empunya resepi ya...
dak aqil dah tibai lebih dari 4 biji...
kebiasaannye paling banyak pon 1 biji...
esoknye siap tanye lagi tu...


MUFFIN COKLAT
Sumber : Lynn HamidBahan-Bahan

* ½ cawan mentega
* ½ cawan minyak jagung
* 1 ¼ cawan gula perang
* 3 biji telur
* 2 ½ cwn tepung gandum
* 1 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 3 sudu makan serbuk koko
* 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
* Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara-cara:

1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6. Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.

Tips:

1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
3. Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5. Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi.
6. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
7. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

February 21, 2009

MUFFIN KIWI


Rupenyer tu masih dlm kategori tak puas ati lagi coz muffinnyer tak naik membukit...

...Alhamdulillah,akhirnyer menjadik gak xperiment kite nih...2nd round nih alhamdulillah, dah ade rase kiwinyer dan takde lah terlalu lembut...heheheh...seronok gak leh reke sendiri resepi nih kan...muahahah...jom tgk ape yg kite taruk...

Bahannya
  • 190gm tepung gandum
  • 5gm baking powder
  • 1 s/b susu pekat
  • 120gm gula
  • 130gm telur tanpa kulit
  • 110 gm kiwi (kisar dari 2 biji kiwi)
  • 1 s/k ovellate
  • 85gm mentega cair/minyak
  • 1 s/k esen vanilla
  • 1 biji kiwi (potong kecil utk hiasan)
  • sedikit gula perang

Caranya
  1. Pukul semua bahan kecuali kiwi,mentega dan esen sehingga kembang dan berwarna putih dgn kelajuan tinggi.
  2. Perlahankan speed masukkan kiwi kisar dan pukul hingga rata.
  3. Masukkan mentega cair dan esen.Pukul lagi. Cukup sehingga sebati.
  4. Sudukan ke dalam cup penuh coz muffin nih tak naik dan hias dengan buah kiwi yg dipotong kecil dan tabur gula perang.
  5. Bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit bergantung oven masing2. Siap.

February 20, 2009

MUFFIN KIWI versi CUBAAN




...menci betui nengok cc tu tak naik,itu ahh suke2 je wat resepi sendiri tu jdknye b'lagak pro konon...muahahaa...padam muke den...tp walaupon tak naik bukan sebab dia jadik bingka tau,rase dia elok je lembut n gebu...aqil dah bantai 5-6 ketui dah...cume tak best mata memandang kerna dia duk separuh cup je...so disebab itu ler,kite pon ape lagi...togelkannyer pastu taruk dlm topewer...abis citer...ahaks...

...resepi later ekkk kite citer...ade koje skit..


Followers