"ASSALAMUALAIKUM WBT...BLOG INI ASALNYA DARI BLOG KOLEKSI RESEPI, YG BERMULA DARI BUMI SAKURA DAN SEKEMBALINYA KE BUMI KELAHIRAN... SEGALA RESEPI HASIL DARI OLAHAN DIRI SENDIRI DAN SUAMI TERCINTA, JUA RESEPI ASAL BONDA YG DISAYANGI DAN TEMAN-TEMAN BLOG YG DIKASIHI...BLOG NIH KHAS BUAT RUJUKAN DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK, SAUDARA-MARA DAN TEMAN-TEMAN TAULAN...TERIMA KASIH"

Followers

March 18, 2011

Muffin Coklat


Muffin nih plak wat atas permintaan anakda...
dah acuan muffin takrak...
den tibai je acuan cupcake...
Rasa muffin nih mmg best...tq empunya resepi ya...
dak aqil dah tibai lebih dari 4 biji...
kebiasaannye paling banyak pon 1 biji...
esoknye siap tanye lagi tu...


MUFFIN COKLAT
Sumber : Lynn Hamid
Bahan-Bahan

* ½ cawan mentega
* ½ cawan minyak jagung
* 1 ¼ cawan gula perang
* 3 biji telur
* 2 ½ cwn tepung gandum
* 1 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 3 sudu makan serbuk koko
* 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
* Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara-cara:

1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6. Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.

Tips:

1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
3. Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5. Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi.
6. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
7. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

No comments:

There was an error in this gadget