Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

February 4, 2010

TERUNG GRILL PAPRIKA


Salam Semua...

...Menu terung nih dah lama noi peram, sampaikan cik kak kite yg duk kanazawa tu dah berderet n3 masakannyer tu... alkisah ni, bile dah belek2 blog terjumpe ler menu nih... dah tu kan dah tak yah suh org terjemah... sebabnye hubby cik kak hana kite nih dah terjemah siang2... mekasih ekk u all... senang skit koje kite nih... So nanguh nyer nanguh jadik ahh menu malam nih... terung tu dah dah 2-3 ari beli tp cari piman tak jumpe2... dah jumpe semalam jadik ahh projek hari nih...

...Halal ekk akak kite c&p resepi tu kat sini...

Bahan-bahan
Bahan A
  • 3 biji terung - potong serong
  • minyak zaitun
  • black pepper
  • garam

Bahan B
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • 1/2 inci halia - cincang
  • 1 sudu besar syouyu - bleh ganti kicap
  • 3 sudu besar sos tiram
  • air sedikit
  • lada capsicum merah dan kuning - potong dadu (kite ade warna merah & hijau je)
  • daun bawang - hiris
  • sedikit black pepper
  • gula sedikit
  • lemon@limau nipis - optional

Cara-cara
  1. Gaul semua bhn A. Grill terung sehingga masak. ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bwg dan juga halia hingga naik bau.
  3. Masukkan syouyu, sos tiram, sedikit gula, blackpepper dan kacau sebati.Masukkan air sedikit sahaja.
  4. Masukkan lada capsicum. gaul. jika kurang masin masukkan garam. tp bagi hana tk perlu sbb dh cukup masin.
  5. Curahkan ke atas terung grill tadi. dan taburkan daun bawang. perahkan lemon jika suka.
  6. Sedia utk dihidang.

August 30, 2009

SAYUR KULIT RAMBAI


N3 nih dah lama diperam baru berkesempatan nak masuk... Al-maklum ler org ade kat kampung nih mmg bz je memanjang... Nak sentuh komputer pon tak sempat... hehehe...

Masaknye takde ah susah mana pon, sama je cam masak sayur lemak biasa just asam nye diganti ngan kulit rambai...

July 18, 2009

SAYUR KOKLOK


Dengar nama cam pelikkan!!... Tapi camni ler family kiteorg panggil... Atau leh sesape yg arif tu xplain lagi... Dulu masa kecil2 sayur koklok nih just campuran petai, kacang panjang ngan buah sentol (betui idop eja nih nanti kite g tanye tokguru balik)... tp masa mak masak sayur nih, katenye zaman2 dia dulu sayur koklok nih campuran kacang panjang, kangkung, terung, petai, taugeh dan buah sentol tu... Tapi kali nih buat cuma taruk petai, kangkung, kacang panjang dan buah sentol tu... Ape2 pon jadik ler leh jadik pengubat rindu... Sedapppppp!!

Jom tgk resepinye... simple je...

Bahannya
  • 4 biji buah sentol ]dikupas kulit, direbus sehingga lembut, buang biji dan diramas didalam air lalu (utk kurangkan masamnye)
  • santan
  • 2 biji lada besar ]dipotong panjang
  • 2 ekor ikan selayang/ape2 ikan je/kiub bilis pon ok]diambil isinya dan dipotong kecil2
  • 1 biji bwg besar ]dipotong 6
  • 2 papan petai
  • taugeh
  • kangkung
  • terung
  • kacang panjang
  • garam secukup rasa

Caranya
  1. Masuk semua bahan dalam periuk dan sentiasa kacau sehingga mendidih.
  2. Sayur kangkung dimasukkan last sekali. Bila mendidih padam api dan tutup periuk rapat supaya kacang empuk. Enak dimakan bersama sambal belacan or budu...

May 17, 2009

SAYUR CAMPUR IKAN MASIN


...Ikan masin tu kite guna ikan tenggiri jeruk a.k.a ikan pekasam... hehehe... ikan tu kite wat sendiri... konon2 leh nak wat "ikan garam man" a.k.a ikan yg diperam ngan garam semalaman... sekali tak hinggat duk dlm almari tu... so bila dah teringat sekali dah seminggu, so alang2 tu kite wat ler pekasam terus... 

...Ikan nih kan mulanya nak goreng cam tu je, tp cam byk plak so wat ler sayur campur taruk ikan nih yg dah digoreng...sedap juga ala2 kailan ikan masin gitu... muahahaha...naik bakul angkat sendiri ooooo...

...So jom tgk bhn sempoi nyer tu...

Bahan
  • sekeping kecil ikan tenggiri ]digoreng terlebih dahulu dan dihancur2kan
  • sayur bayam (taruk lah ya sayur2 yg berkenan)
  • cendawan
  • carrot
  • 1/2 labu bwg besar ]dimayam
  • 4 ulas bwg putih ]dititik
  • 2 biji cili kecil ]dipotong 2
  • sedikit minyak
  • sedikit air

Caranya
  1. Panas minyak, dan tumis bwg2 hingga wangi dan masukkan lada goreng lagi, hingga lada layu.
  2. Masuk sedikit air biar mendidih dan masuk carrot biar seketika, diikuti sayur2 lain.
  3. Masuk ikan dan goreng rata. Siap.

November 12, 2008

BROCOLI SOUP vs GARLIC BREAD


...Menu yg dah lama KIV...
...Sedap betui resepi nih...
...Mekasih ya Akak Amal kongsi resepi yg yumyumyuuummmm nih...

Sumber : Akak Amal

Bahan Sup
1 biji bwg besar yg kuning
1 ulas bwg putih
2 cwn air
2 biji brokoli
2 biji cendawan butang atau shitake (tak dak pun tak pa)
2 sudu besar serbuk pati ayam
sedikit all spice itali
2 sudu kecil lada putih
1/2 - 1 cwn susu -agak2 ye..nanti cair sangat pulak sup tu
sedikit minyak zaiton untuk tumis (minyak biasa pun ok)
garam secukup rasa

Caranya
1.Panas minyak zaiton, tumis bawang besar dan sedikit bwg putih hingga layu masukkan air. Bila mendidih masukkan brocoli dan cendawan. Biarkan layu sikit padam api dan masukkan dlm blender dan diblander hingga halus.

2.Masukkan semula dlm periuk. Campurkan susu, lada putih, sedikit itali spice dan rasakan garamnya. Masak hingga mendidih. Siap.


Bahan roti
4 kpg roti
4 ulas bwg putih ]tumbuk halus/nak cincang pon ok
4 s/b mentega
2 s/k lada putih

Caranya
1.Campur semua bahan bwg putih, lada putih dan mentega. Gaul Sebati.
2.Taruk pada permukaan roti.
3.Kemudian bakar pada suhu 160 darjah selama 10 minit. Siap.

November 2, 2008

SUP SAYUR OAT 2




Bahannya
sawi/cendawan/bayam/kangkung/carrot
1 ketul kiub bilis/bilis goreng & tumbuk/stok ayam
8 s/b oat
1 liter air
2 biji cili padi ]potong 2
5 ulas bwg putih ]titik
serai ]titik

Caranya
1.Tumis bwg putih, lada dan serai hingga naik bau, kemudian masukkan air dan biar mendidih.
2.Bila mendidih, masukkan kiub dan biar hancur atau stok ayam
3.Masukkan sayur dan biar seketika.
4.Masukkan oat dan biar mendidih. Siap.

October 22, 2008

SAYUR LEMAK KACANG PANJANG PETAI





Bahannya
kacang panjang [potong 2 cm]
lada besar [belah 2]
1 ulas bwg merah [darurat bwg besar pon jalan]
petai
keropok keping
1 kpg asam keping
sedikit garam [jgn byk sgt kdg keropok tu dah masin]
3/4 tin santan pekat
sedikit air

Caranya
1.Masuk semua dlm periuk,masak sehingga mendidih.
2.Sentiasa kacau supaya santan tak berketul.Siap

PERIA MASAK ALA OKINAWA







Bahannya
taugeh
ayam lumat
peria
garam
mayonis
1 biji telur
lada sulah

Caranya
1.Potong peria nipis2, & ramas dlm air garam...biar seketika.
2.Panggang peria dlm MV 20 mnt
3.Gaul ngan mayonis & panggang lg 10 mnt
4.Masukkan telur, ayam, garam & lada sulah
5.Siap.

MUSHROOM SOUP




Sumber : FP Mamasya asal minami133 Myresepi

Bahan-bahan ( 6 org )
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam- guna 2 st serbuk pati ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto -tak letak tp tambah 1 st lada hitam
1 cawan tepung gandum

Cara-cara
1.Potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
2.Masukkan susu dan kiub ayam. Masak guna api yang perlahan. Masukkan mushroom.
3.Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan ajinomoto. Siap utk dihidang. Sedap dimakan dgn roti.

Tips dr Myresepi utk dpt sup yg elok
1.Utk elakkan tepung berketul; bancuh dgn air dulu @ ambil sebah campuran susu dan air ayam ; blender dg tepung barulah dicurah dlm air rebusan.
2.Perlahankan api supaya sup menjadi pekat dgn sekata. Bila sup nak pekat, terus tutup api.

October 21, 2008

SUP SAYUR OAT



Bahannya
sawi/cendawan/bayam/kangkung
carrot
1 ketul kiub bilis/bilis goreng & tumbuk
8 s/b oat
1 liter air
5 ulas bwg putih ]titik
2 ulas bwg merah ]mayam halus
serai ]titik (boleh tambah nih,masa tumis)

Caranya
1.Tumis bwg merah dan bwg putih hingga naik bau, kemudian masukkan air dan biar mendidih.
2.Bila mendidih, masukkan kiub dan biar hancur.
3.Masukkan sayur dan biar seketika.
4.Masukkan oat dan biar mendidih. Siap.

SAMBAL BILIS TERUNG & PETAI



Bahannya
1 mangkuk bilis ]bersih dan goreng garing
2 ulas bwg putih ]tumbuk halus
3 ulas bwg merah ]mayam halus
petai
2 biji terung kecil ]potong ikut suka
sedikit kicap manis
sedikit kicap masin
1 s/b cuka
2 s/b cili kisar
garam
minyak

Caranya
1.Tumis bwg putih dan bwg merah sehingga naik bau. Guna minyak yg digunakan utk goreng bilis.
2.Masukkan cili dan goreng hingg garing.
3.Masukkan kicap dan gaul rata.
4.Masakkan terung dan petai, goreng sehingga terung layu.
5.Masuk bilis dan goreng rata. Siap.


BAYAM GORENG BUDU



Sumber : FP Hanieliza

Bahannya
500 gm pucuk paku (kite ganti bayam) ]potong dan bersihkan
3 urat kacang panjang (kite tak taruk)
2 s/b minyak
2 s/b budu

Bahan Tumbuk
50 gm ikan bilis
5 tangkai cili merah
10 tangkai ciliapi (kite titik je)
3 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih

Caranya
1.Panaskan minyak dalam kuali ddan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2.Masukkan sayur pucuk paku dan budu. (jangan masukkan garam sbb budu dah masin)
3.Kacau rata dan tutup kuali sebentar.
4.Hidangkan dalam pinggan bersama nasi putih.

October 20, 2008

BROKOLI GORENG



Bahannya
1 biji brokoli ]dipotong kecil2, direbus seketika dgn sedikit garam
5 btg chekua (bebola ikan) ]dipotong kecil2
3 ulas bwg putih ]dititik
1 biji bwg merah ]dimayam
2 biji cili kecil ]dibelah 2
sedikit minyak
garam secukupnya

Caranya
1.Tumis bwg merah, bwg putih dan cili hingga naik bau.
2.Masukkan secawan air diikuti chekua. Masak seketika, sehingga mendidih.
3.Masuk brokoli yg telah direbus td dan rasa garamnya.
4.Siap.

SAMBAL TERUNG



Bahannya
1 biji terung ]dipotong
1 ulas bwg putih ]diketuk
2 biji bwg merah ]dimayam
1/2 cwn ikan bilis ]dibersihkan
2 s/b lada kisar
1 s/b kicap
1 s/b sos tiram
minyak utk menumis
garam secukupnya

Caranya
1.Tumis bwg putih dah bwg merah hingga naik bau.
2.Masuk lada dan goreng hingga garing, diikuti sos tiram dan kicap.
3.Masuk ikan bilis dan goreng lagi.
4.Masuk sedikit air dan terung.
5.Goreng sehingga terung layu,rasa garamnye. 
6.Siap.

Followers