October 18, 2008

PUDING BUIH



Sumber : Bonda

Bahan Puding
1 plastik agar-agar kering (lebih kurang 12 gm)
8 cwn air (bergantung atas agar-agar utk hancur)
1 cwn gula (biar rasa manis2 buah)
8 biji telur putih
2 biji telur kuning
1/2 s/k esen rose
sedikit pewarna pink

Bahan Kuah
1 tin susu pekat (guna susu cair + gula pon ok)
2 tin susu air masak
1 helai daun pandan
6 biji telur merah
1/2 s/k esen vanilla

Cara Puding
1.Masak agar-agar sehingga hancur.
2.Setelah agar-agar hancur,masukkan gula. Masak sehingga gula hancur.
3.Padam api masukkan telur merah. Kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan
4.Pukul telur putih sehingga gebu,bila telinkup tak jatuh.
5.Masukkan pewarna dan esen,pukul rata.
6.Campur agar-agar suam tadi dan kacau sehingga hampir sejuk.
7.Masuk dlm bekas dan sejukkan.

pss...perlu hati-hati semasa proses campur agar-agar,pastikan campuran itu dikacau sehingga sejuk,kalau tidak buih dan agar-agarnya tidak sebati.

Cara Kuah
1.Masuk semua bahan kedalam periuk dan kacau rata.
2.Hidupkan api,panaskan sehingga hampir mendidih.
3.Padam api,sejukkan dalam peti ais.
4.Hidang bersama puding yg telah sejuk.

No comments:

Followers