"ASSALAMUALAIKUM WBT...BLOG INI ASALNYA DARI BLOG KOLEKSI RESEPI, YG BERMULA DARI BUMI SAKURA DAN SEKEMBALINYA KE BUMI KELAHIRAN... SEGALA RESEPI HASIL DARI OLAHAN DIRI SENDIRI DAN SUAMI TERCINTA, JUA RESEPI ASAL BONDA YG DISAYANGI DAN TEMAN-TEMAN BLOG YG DIKASIHI...BLOG NIH KHAS BUAT RUJUKAN DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK, SAUDARA-MARA DAN TEMAN-TEMAN TAULAN...TERIMA KASIH"

Followers

October 22, 2008

CHIFFON CAKE



Sumber : Manual MW

Bahannya
150 gm gandum ]diayak
5 biji telur kuning
7 biji telur putih
130 gm gula
100 cc air
80 cc minyak
sedikit vanilla

Caranya
1.Pukul telur kuning bersama 1/3 gula sehingga kembang, agak putih sedikit. Guna pemukul telur.
2.Masukkan minyak dan gaul rata. Masukkan air sedikit demi dan kacau rata lagi, seterusnya tambah vanilla.
3.Masukkan gandum sedikit demi sedikit dan kacau rata sehingga habis.
4.Dalam bekas lain masukkan putih telur pukul sehingga kembang bersama baki gula, gula hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit. Pastikan telur yg dipukul bila diterbalik bekasnya telur tu tak jatuh.
5.Masukkan 1/3 no 4 ke dlm no 3, kacau rata. Masukkan lagi 1/2 kacau rata dan seterusnya. Kacau dgn pemukul telur tadi.
6.Masukkan dalam acuan chiffon yg telah disapu minyak dan ditabur gandum saiz 20 cm, dan jatuhkan 2-3 kali. >> kite gune acuan kertas je yg kecil so dpt 3 biji.
7.Bakar pada suhu 170 darjah selama 55-60 minit.
8.Bila dah siap keluarkan dr oven or MW, terlingkup atas jaring atau gelas yg boleh tampu bhgn tengah.
9.Bila sejuk baru keluarkan. Guna pisau kalau lekat.

Tips
1.Kat Jepun kalau nak buat kek, telurnye terlebih dahulu dipukul di dalam air suam dgn garfu sehingga suhu telur sekitar 40 darjah. Jika tidak keknya akan bertukar menjadi bingka. So utk buat kek ini kite pukul telur kuning dan telur putih asing.
2.Kalu bakar dlm acuan biasa kek itu akan mengecut. Kita dah test utk 1/3 adunan ini.
SELAMAT MENCUBA...

3 comments:

ctnik said...

aishah,beli 2 acuan sekali gus ke?ke bkr asing?thn lama ke adunan chiffon kalau biar kt luar sementara tgu masak?

ctnik said...

aishah,beli 2 acuan sekali gus ke?ke bkr asing?thn lama ke adunan chiffon kalau biar kt luar sementara tgu masak?

Aishah @ UmmiAqil said...

to ctnik...
kite taruk semua dlm oven tu kecik2 je acuannya...
tak tau lak taruk kat luar sementara tunggu turn ok tak...

There was an error in this gadget