October 22, 2008

NASI ARAB




Sumber : FP Hanieliza


Bahan
1 kg beras bathmati ]basuh dan toskan >> kite gune beras siam+jepun
1.5 liter air
500 gm ayam ]potong kecil dan bersihkan 
1 tin kecil kacang peas >> takde pon
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau >> takde pon
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ] >> takde pon
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ]bancuh ngan sikit air
bawang goreng >> takde pon
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ]mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1.Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2.Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3.Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4.Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5.Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6.Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.
>>kite hidang ngan dalca daging,ayam tandoori n acar mentah(lupe nak hidang)

No comments:

Followers