"ASSALAMUALAIKUM WBT...BLOG INI ASALNYA DARI BLOG KOLEKSI RESEPI, YG BERMULA DARI BUMI SAKURA DAN SEKEMBALINYA KE BUMI KELAHIRAN... SEGALA RESEPI HASIL DARI OLAHAN DIRI SENDIRI DAN SUAMI TERCINTA, JUA RESEPI ASAL BONDA YG DISAYANGI DAN TEMAN-TEMAN BLOG YG DIKASIHI...BLOG NIH KHAS BUAT RUJUKAN DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK, SAUDARA-MARA DAN TEMAN-TEMAN TAULAN...TERIMA KASIH"

Followers

November 25, 2008

LALA GORENG SERAI



Salam kembali...

Nih antara menu ari nih!!!...Dah lama KIV menu nih dek hb batuk tak baik2,sekali dah reda so menjadik gak ler menu nih...Cilop dari dapur cik mat...Mekasih ya kongsi resepi yg ummmpphhh nih,berasap telinga I uuuuu...Kite C & P je ya,buat rujukan akan datang...pohon halal ya empunya resepi...


Sumber : Ah Mat Gebu

Bahan-bahannya :
1 kg "lala" segar (kalau dapat yg masih hidup) cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
4 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 camca besar sos tiram
3 tangkai cili kering, hiris serong dan rendam
Sedikit garam
2 camca besar minyak untuk menumis
Hirisan daun bawang secukupnya untuk hiasan

Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kering dan goreng hingga wangi. Masukkan bawang hiris, bawang putih, halia dan serai. Kacau rata.
  2. Tambah sos tiram, gaul rata dan masukkan lala. Gaul hingga rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan). Tutup kuali dan masak 5 minit dengan api kuat. Kacau rata dan tambah sedikit garam jika perlu.
  3. Angkat dan taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas2 bersama nasi hangat dan sambal belacan....Sedapppp waaa cakap sama luuuuu!!!!!!

1 comment:

mama Tiara said...

salam tuan rumah. sedapnya tgk. entah dah berapa tahun saya tak makan lala ni..bilalah dapat makan lagi..orang kat rumah tak suka makan..banyak resepi menarik kat cni ya. rajin u masak..bagus tu

Share it