October 22, 2008

DAGING PRUNE



Sumber: FP Hanieliza

Bahan
600 gm daging [potong nipis]
1/2 cawan buah prune [buangkan biji dan mesin halus]
5 s/b sos tomato
4 s/b kicap pekat
2 s/b cili mesin
2 s/b rempah kari
4 s/b minyak
1/2 cawan air
garam

Bahan Mesin
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia

Cara
1.Daging dibersihkan dan gaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3.Masukkan daging. Kacau rata. Biarkan masak sehingga daging lembut.
4.Masukkan buah prune mesin dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat.
5.Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak atau beriani.

No comments:

Followers