Sumber: Akak Hanieliza FP
Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
2 s/b rempah beriani [bancuh dgn sedikit air]
2 biji buah tomato [potong dadu]
3 biji cili merah [potong 2]
3 biji cili hijau [potong 2]
100 gm daun pudina ]
100 gm daun sup ] potong kasar *tak taruk
100 gm daun ketumbar ]
1 liter air
1 cawan susu cair
2 s/b minyak
4 s/b minyak sapi
kismis
garam
1 s/b pewarna kuning [bancuh ngan sedikit air]
Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] hiriskan
2 cm halia ]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Cara
1.Panaskan minyak dan minyak sapi dalam rice cooker pot. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2.Masukkan rempah yg dibancuh dan akcau. Masakkans ehingga naik minyak.
3.Masukkan daun yg dipotong kasar dan cili merah & cili hijau.
4.Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendideh sekejap.
5.Masukkan beras dan alihkan periuk dalam rice cooker.
6.Bila dah nasi kering, titikan pewarna kuning dan biarkan kering lagi.
7.Bila telah kering gemburkan nasi perlahan supaya beras tak patah.
8.Hidangkan dengan daging prunes dan acar.
No comments:
Post a Comment