Inti Kueh Pa
Dah siap, ini pon dah boleh makan
Siap disalut telur dan digoreng
...Nama asal kueh nih ropa...tp family kiteorg panggil kueh pa...
Sumber : Bonda
Bahan utk Inti
1/4 kg daging ]direbus dgn sedikit air
2 labu bwg besar ]dipotong dadu
2 s/b kicap
2 s/b serbuk lada hitam (ikut kepedasan)
garam secukupnya
Caranya
1.Rebus daging hingga lembut dgn sedikit air. Toskan daging dan potong dadu,simpan air rebusan tadi.
2.Tumis 1/4 bwg td hingga naik bau.
3.Masukkan daging,kicap dan lada hitam. Masak seketika.
4.Masukkan air rebusan dan biar sehingga agak2 kering.
5.Masukkan baki bawang tadi. Masak seketika dan rasa garamnya.
6.Siap.
Bahan utk Kulit
1/2 kg gandum
1 biji telur saiz S
air secukupnya
secubit garam
Caranya
1.Masukkan telur,garam,gandum dan air ke dalam pengisar. Kisar semua sehingga sebati.
2.Keluarkan dan kacau adunan. Pastikan tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Sekiranya perlu tambah air sedikit demi sedikit.
3.Sapu sedikit minyak pada kuali.
4.Panaskan kuali,taruk 1 senduk adunan dan ratakan,buat cam telur dadar.
5.Bila permukaan mengelembung baru lerlingkut atas bekas.
6.Taruk inti dan lipat.
7.Ulang langkah 4-6 hingga adunan habis.
8.Boleh dimakan terus masa panas2 atau boleh dicelup dlm telur dan digoreng.
9.Siap.
1 comment:
minta halal kan resepi yg saaya ambil ni ya...moga murah rezeki cik...
Post a Comment