October 21, 2008

NASI AIR



Bahan Sup
1/2 kg ayam
1-2 inci halia ]titik
1 s/k rempah bonda @ 2 ketul kiub sup punjut
2 biji bwg merah ]mayam halus
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
garam secukupnya

Caranya
1.Bersih ayam, potong besar2 dan rebus dgn halia dan garam.
2.Bila ayam dah masak, toskan dan simpan air rebusan utk dijadikan sup.
3.Dalam kuali lain, tumis bawang bersama kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga hingga naik bau. Padam api.
4.Tuang bahan tumisan tadi ke dalam air rebusan dan hidupkan api,biar mendidih dan masukkan rempah @ kiub sup.
5.Siap.

Bahan Lain
bubur nasi secukupnya
ayam yg rebus ]carik2 halus
bilis goreng
taugeh celur
telur masin (tak sempat jeruk,tibai telur rebus saje)
daun sup (takde dlm stok)
tauhu goreng ]potong kecil2
sambal kicap (cili padi dipotong halus,masuk sedikit jus limau nipis dan masuk kicap)

Cara Hidang
Masuk semua dalam mangkuk dan siram dgn sup. Siap utk dimakan.

No comments:

Followers