"ASSALAMUALAIKUM WBT...BLOG INI ASALNYA DARI BLOG KOLEKSI RESEPI, YG BERMULA DARI BUMI SAKURA DAN SEKEMBALINYA KE BUMI KELAHIRAN... SEGALA RESEPI HASIL DARI OLAHAN DIRI SENDIRI DAN SUAMI TERCINTA, JUA RESEPI ASAL BONDA YG DISAYANGI DAN TEMAN-TEMAN BLOG YG DIKASIHI...BLOG NIH KHAS BUAT RUJUKAN DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK, SAUDARA-MARA DAN TEMAN-TEMAN TAULAN...TERIMA KASIH"

Followers

October 21, 2008

PULUT KUNING



Sumber : FP Hanieliza

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan] kite guna beras jepun
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.

1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat] kite guna santan tin
garam
gula

Cara 
1.Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2.Toskan beras pulut dalam tapisan.
3.Panaskan kukusan.
4.Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5.Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
6.Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7.Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8.Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9.Kukuskan semula sehingga naik wap lagi.
11.Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12.Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging. kite mkn ngan gulai ikan tongkol.

No comments:

There was an error in this gadget