February 3, 2009

KUEH BOM




Salam kembali...

...Kueh nih tak tau ler org lain panggil ape... Dari kecik kite duk panggil Kueh Bom!!! Kueh nih ade 2 versi... 1 tu yg cam kat atas 1 lagi yg taruk bijan dan intinye berbeza. Kite wat nih yg intinye tu dari sambal ikan...

...Resepi doh tu kite cilop dari blog akak hana...


Bahan-bahan
Bahan2 untuk doh:

  • 200gm tepung pulut
  • 1 camb tepung gandum
  • 1 camt air kapur
  • 200ml air
  • secubit garam
  • minyak untuk menggoreng
Bahan2 untuk inti:(versi haku la nih,sukatan ikut suka)
  • ikan ]rebus dan ambil isinya
  • santan
  • 1 s/k halia kisar
  • gula
  • garam

Cara-cara
  1. cara membuat inti: 
  2. campur semua bahan dlm kuali,goreng sampai kering dan berderai.
  3. angkat dan biarkan sejuk sementara membuat doh
  4. cara membuat doh: masukkan kedua2 tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan, kacau rata
  5. kemudian masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan
  6. bahagikan doh kepada 15 biji dengan setiap satu seberat 30gm (saiz bergantung pada masing2) dan bentukkan menjadi bulat(kite dapat 30 biji...muahahaha malas nak timbang)
  7. setelah itu ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan dan isikan inti, tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat
  8. lakukan proses ini sehingga habis doh tadi digunakan
  9. panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan gorengkan sehingga masak dan keperangan
  10. angkat dan hidangkan
  11. jika tidak mau digoreng kesemuanya bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara
note: petua untuk kuih bom tidak meletup dan merekah - minyak mesti banyak dan biar digoreng terendam, minyak jangan terlalu panas, jangan digoreng terlalu lama, terus menggoreng selepas siap dibuat dan jangan dibiarkan pada suhu bilik.


No comments:

Followers