June 23, 2009


...Resepi kite ceduk dari dapur cikwan taipei... termasuk toppingnyer sekali, yg diolah dari resepi asal Alex Goh... Doh tu kite wat gune resepi BM yg sblm nih dah pernah taruk...

Bahan doh
  • 60gm gula halus
  • 300gm tepong roti
  • 2 sudubesar susu tepong (anlene/low fat)
  • 1 biji telor(saiz kecil)
  • 30gm butter lembut
  • 2 sudukecil yis kering
  • 140ml air (suam2 sikit=doh cepat naik)

Cara
  1. Sebatikan kesemua bahan kering, masukkan telor dan air, uli hingga menjadi doh kasar kemudian masukkan butter, uli lagi hingga adunan licin , lembut dan tidak lekat ditangan.
  2. Bulatkan dan tutup dengan plastik, penaikan doh 2xganda (biasanyer saya tunggu 2.5xganda).
  3. Setelah itu tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin didalamnyer dan uli sedikit.
  4. Bahagikan kepada 10 biji. Ambil sebiji dan masukkan filling kemudian bulatkan semula kemas2 dan susun diatas loyang bakar.
  5. Tunggu doh mengembang 1x ganda@ 1.5 dari saiz asal tadi sebelom dipaipkan toppingnyer.

Topping
  • 60gm butter lembut
  • 50gm gula halus
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • 85gm tepong gandom
  • 1 sudubesar nescafe larutkan dgn hanya 1 sudubesar air panas
  • 1 sudukecil esen kopi

Cara
  1. Whisk butter dan gula hingga hancur masukkan telor , kacau sebati.
  2. Masukkan larutan nescafe dan esen, sebatikan lagi.
  3. Akhir sekali masukkan tepong dan gaul rata2.
  4. Masukkan kedalam plastik bersih, ketepikan hingga tiba masa untuk digunakan.

Filling:- biasa guna 10gm cream cheese saja..hehehh.

Tips yang selalu saya gunakan:- Paipkan topping seperti lingkaran ubat nyamuk hanya separuh dari atas kebawah bun supaya topping tidak bnyk meleleh kebawah. Saya bakar pada oven 175'c di rak tengah oven selama 15-20minit selepas oven dipanaskan 10minit.

No comments:

Followers