"ASSALAMUALAIKUM WBT...BLOG INI ASALNYA DARI BLOG KOLEKSI RESEPI, YG BERMULA DARI BUMI SAKURA DAN SEKEMBALINYA KE BUMI KELAHIRAN... SEGALA RESEPI HASIL DARI OLAHAN DIRI SENDIRI DAN SUAMI TERCINTA, JUA RESEPI ASAL BONDA YG DISAYANGI DAN TEMAN-TEMAN BLOG YG DIKASIHI...BLOG NIH KHAS BUAT RUJUKAN DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK, SAUDARA-MARA DAN TEMAN-TEMAN TAULAN...TERIMA KASIH"

Followers

October 21, 2008

CHOCOLATE CHEESE MARBLE CAKE



...nih kes terliur nengok kat FP Akak Rinnchan...
...dah 3-4 kali wat dah nih...
...sodapppppp, lagi2 makan sejuk2...

Sumber : FP Rinnchan

Bahan A :
180gm mentega
20gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170gm gula castor
3 biji telur

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1.Pukul cream cheese sampai kembang.
2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara-cara :
1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong. (kite guna microwave oven suhu dia 140 darjah selama 40 minit)

No comments:

There was an error in this gadget