October 22, 2008

NASI GORENG EPAL SERAI



Sumber : Blog UmmiZaihadi asal Majalah Saji

Bahan:-1 mangkuk nasi putih
7 - 8 ekor udang basah - bersihkan
2 biji telor
4 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - dadu
2 tangkai cili merah (tumbuk) (*ummi tmbh 6 bj cili padi dihiris)
3 batang serai - hiris halus
1 - 1 1/2 biji epal hijau - potong dadu
2 sudu besar sos ikan
1 tangkai daun pudina (hiris) (ini kite pon tak letak...takde))
Minyak masak
Garam

Cara Memasak:-1.Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
2.Masukkan sekali udang dan kacau seketika hingga kekuningan.
3.Kemudian tolak bahan tumis tadi ke tepi kuali dan pecahkan telor.
4.Kacau telor hingga masak berketul.
5.Masukkan pula cili dan kacau semua hingga naik bau.
6.Masukkan serai dan kacau. Kemudian masukkan nasi dan kacau rata.
7.Masukkan garam, sos ikan dan buah epal. Kacau hingga nasi benar2 masak dan taburkan daun pudina.
8.Gaul rata. Tutup api.

No comments:

Followers