"ASSALAMUALAIKUM WBT...BLOG INI ASALNYA DARI BLOG KOLEKSI RESEPI, YG BERMULA DARI BUMI SAKURA DAN SEKEMBALINYA KE BUMI KELAHIRAN... SEGALA RESEPI HASIL DARI OLAHAN DIRI SENDIRI DAN SUAMI TERCINTA, JUA RESEPI ASAL BONDA YG DISAYANGI DAN TEMAN-TEMAN BLOG YG DIKASIHI...BLOG NIH KHAS BUAT RUJUKAN DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK, SAUDARA-MARA DAN TEMAN-TEMAN TAULAN...TERIMA KASIH"

Followers

October 17, 2008

PIZZA


Sumber : Buku Manual Breadmaker

Bahannya
2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
400gm tepung roti
1 1/2 sudu kecil garam
250 ml air suam
2 sudu besar skim milk
2 sudu besar minyak masak

Caranya
1.Masukkan semua bahan dalam breadmaker ikut turutan.
2.Set utk buat pizza selam 50 minit.
3.Setelah siap,keluarkan dan bahagi kepada 3 bahagian dan biarkan seketika.
4.Panaskan microwave dengan suhu 180 darjah.
5.Canai dos sehingga diameter lebih kurang 25 cm.
6.Cucuk dos dengan garfu.
7.Sapu sos pizza dan letak topping ikut citarasa.
  Antara yg biasa kiteorg buat:-
  • sotong dan anchovy
  • tuna,telur dan mayonis
  • keju susu kerbau
  • seafoad[sos pizzanye campur dgn sedikit pes tomyam]
  • ayam lada hitam
  • ayam satey
8.Akhir sekali tabur cheese parut cam dalam gambar.
9.Bakar pada suhu 180 darjah selama 17-20 minit.
10.Siap utk dimakan.

No comments:

There was an error in this gadget