January 24, 2009

MARBLE TWIST ROLL




Salam Semua...

...Roti nih telah memotong Q semua resepi lenlain, dek tergoda ngan roti Akak MaDiHa itewwwww...ahaks...Tapi dek buatannye tak kemas, takde ahh selawo yg akak kite tu...Ape2 pon rasenye tetap sodap...TQVM akak,kongsi resepi nih...kite C & P je ye...


Sumber : MaDiHa Fotopages

Bahan2 Inti
  • 125 ml air 
  • 50 gram gula pasir 
  • ⅛ sudu teh garam 
  • 15 gram susu tepung 
  • 15 gram serbuk koko/coklat 
  • 25 gram tepung gandum 
  • ½ sudu makan marjerin 
  • 40 gram coklat masak hitam ~ dipotong2 

Bahan2 Doh/ Roti **kite guna resepi dari manual BM
  • 500 gram tepung gandum (MaDiHa tambah lagi 140 gram sbb adunan TERLALU lembik) 
  • 1 bungkus yis segera (mauripan 11g) 
  • 1 sudu kecil bread improver (MaDiHa tambah) 
  • 1 sudu kecil bread softener (MaDiHa tambah) 
  • 15 gram susu tepung 
  • 75 gram gula pasir 
  • 50 gram madu 
  • 1 biji telur 
  • 275 ml air sejuk (MaDiHa guna air dari paip je) 
  • 1 sudu teh garam 
  • 50 gram marjerin 

Bahan Sapuan100 gram krim mentega untuk sapuan (MaDiHa guna butter ajer)
Cara2 Membuat IntiMasak semua bahan inti, kecuali coklat masak hitam. Sambil dikacau2 hingga meletup2, masukkan potongan coklat. Kacau sehingga coklat larut dan padamkan api.
Cara2 Menyediakan Doh
  1. Dalam bekas yg sesuai.. masukkan tepung gandum, yis segera, susu tepung, gula pasir, bread improver & bread softener. Kacau rata. 
  2. Bancuh madu & garam di dalam 275 ml air hingga rata. Masukkan telur ke dalam tepung tadi dan tuangkan air + madu tadi sedikit demi sedikit sambil di uli rata & tidak melekat pada tangan. (masa ni la MaDiHa dapati adunan terlalu lembik.. jadi MaDiHa terpaksa tambah sukatan tepung gandum lagi ) 
  3. Uli hingga adunan licin. Masukkan pula marjerin dah diuli hingga kental, rata & licin. Biarkan doh selama 30 minit. 
  4. (RUJUK KAT SINI) Tumbuk doh untuk membuang angin. Canai nipis doh setebal 1 cm. Masukkan inti. Lipat bahagian tepi ke tengah. Lipat lagi bahagian tepi yang sebelah lagi ke arah tengah juga. 
  5. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Lakukan lipatan seperti cara di atas. 
  6. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Potong-potong adunan dengan lebar 1 cm kemudian putarkan adunan. 
  7. Susun di dalam dua buah loyang bersaiz 26cm x 26 cm x 4 cm yang disapu marjerin dan dialas kertas kalis minyak. (MaDiHa guna loyang bersaiz 12 inci x 12 inci.. dpt satu loyang sahaja) 
  8. Biarkan selama 60 minit. Sementara itu.. panaskan ketuhar suhu 190C. Sapu dengan susu segar (ini MaDiha skip). Bakar di dalam ketuhar selama 16 minit dengan suhu 190C. (MaDiHa bakar dlm 18 minit ~ lepas 12 minit pertama.. MaDiHa tukar/terbalikkan kedudukan loyang supaya roti masak rata.. biasanya kalau tak tukar/alih.. roti akan hangus sebelah.. ). 
  9. Keluarkan roti dengan berhati2 ke atas redai kuih. (MaDiHa gunakan 2 spatula panjang utk keluarkan roti dari loyang agar roti tak terburai. (Semasa roti masih panas.. sapukan butter di permukaan roti ~ ini MaDiHa tambah.. ikut cara MamaFaMi selalu buat thanks mama!) 
  10. Setelah roti benar2 sejuk, terbalikkan roti diatas kertas kuih dengan berhati2. Buangkan kertas alas/lapik yg melekat pd roti & sapu nipis krim mentega. (MaDiHa sapu dengan butter jer sebab takmau roti terlalu manis).  
  11. Gulung roti dengan berhati2 dan padatkan. (Ikut cara gulung swiss roll yer puan2 ) Kemudian bolehlah dipotong & dihidangkan sebagai sarapan pagi maupun minum petang 

PESAN MAJALAH SEDAP:*Mencanai adunan haruslah satu arah sahaja supaya adunan lebih licin.
*Memutar setiap adunan roti sebaiknya rata putarannya hingga menghasilkan bentuk roti yang cantik coraknya.
*Mengisi inti/krim mentega jangan sampai ke tepi adunan supaya inti tidak akan keluar ketika digulung.



Sebelah garing sgt, dah pusing pon jadik camnih



Selepas digulung



Bila dipotong,nampak comot

4 comments:

Anonymous said...

>> nampak gebu gak tu...

Ummu Aqil said...

to jeff
gebu tapi tak seni...huhuhuhuu...kene praktis twiss lagi nih...

MyLilBundle said...

wahhh sedapnyerr nampak roti tuu kak aisha!!!
berpintal2 corak dia..
ikshhh geram tgk..

Ummu Aqil said...

to shima
rasa tu mmg sedap tp rupe tak cun sgt..

Followers