February 12, 2009

TELUR BUNGKUS





...Nih menu malam tadi,kite wat ala2 kak liza nye...tapi tang telur bungkus tu yg kuren menjadik... Halal ekk kak liza,kite c&p resepi tu... 


Bahan-Bahan:
  • 5 biji telur
  • 2 s/b susu segar

Bahan Inti
  • 100 gm isi ayam @ daging [dicincang]
  • 1 ulas bawang putih [mayang]
  • 1 ulas bawang besar [mayang]
  • 1 biji tomato [ dadu]
  • 1 camb kacang peas
  • 3 camb cili sos
  • 2 camb sas tomato
  • 1 camb sos tiram
  • garam secukup rasa
  • daun sup [dipotong 1 inci ]
  • minyak

Cara:
  1. Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging.
  3. Setelah masak masukkan sos cili, sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar sehingga bawang layu.
  4. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.Letakkan daun sup dan bungkus telur berbentuk empatsegi.
  5. Hidangkan semasa panas dengan nasi dan tomyam campur.

No comments:

Followers